Resepi : Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Merah
Assalamualaikum w.b.t
Sejak mula berpraktikal kat Unit Pengurusan Kualiti UiTM Dungun (UPQ), masa aku untuk melakukan macam-macam kerja macam terbantut macam tu. Jadi cuma ada masa untuk weekend je. Masa weekend ni la kena gunakan dengan super duper jimat sebab nak buat macam-macam benda. Bila start praktikal yang rasa macam 'bekerja' ini, semangat kekeluargaan + nak kahwin + nak berkeluarga ni makin tinggi mencanak pulak. Yela, Lecturers yang ada kat sana semua da berkeluarga, jadi hari-hari dok bercerita pasal anak-anak diorang. Hihi.
Back to the Recipe la pulak
NASI MINYAK HUJAN PANAS
1 kg beras
*4 biji bawang besar (2 biji mayang, 2 biji lagi blend)
*4 ulas bawang putih (blend)
*sedikit halia (blend)
*1 paket herba 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pegaga dan cengkih)
*2 sudu minyak sapi
*1 sudu majerin
*2 helai daun pandan
1/2 tin susu cair
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Cara-cara :
1) Basuh beras sampai bersih dan sukatkan air macam nak masak nasi biasa. Ketepikan.
2) Tumiskan bahan-bahan bertanda (*) sampai garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang dah siap ditumis dalam periuk nasi tadi.
4) Masukkan susu cair dan masak nasi dalam periuk nasi sehingga masak.
5) Step last sekali, lepas nasi masak, titiskan 3 titik pewarna merah, dan kacaukan rata. Kemuadian warna kuning dan akhir sekali warna hijau.
0 comments:
Post a Comment