Resepi : Nasi Ayam ala-ala Serena Lim

Assalamualaikum . . . .

Hari ini berkobar-kobar pulak nak buat entri ni sebab baru je download Blogger application masuk dalam my minion pable blue phone ni. ..

Today and tonite, nak bagi resepi yang giler senang untuk buat nasi ayam yang super duper sedap. (mak aku yang buat confirm la sedap kan)

Nasi :

6 pot beras (boleh guna beras yang sedap dimakan, aku guna beras siam)
Air Stock ayam (agak dalam 7-8 pot, guna bekas yg sama dengan sukat beras tadi)
5 ulas bawang putih *tumbuk*
3 cm halia *tumbuk*
Lemak ayam yang ada bahagian bontot dia tu
3 sudu besar butter/magerine
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-cara :
1) Basuh beras dan tos sampai kering.
2) Panaskan kuali, caitkan mentega dan tumiskan bahan yang kena tumbuk. Masukkan sekali dengab lemak ayam dan daun pandan.
3) Selepas garing, gorengkan sekali dengan beras. Jangan sampai hangit tau..
4) Masukkan beras yang sudah digoreng dalam kuali. Letakkan air stock dan masukkan secubit garam. Tekan suis periuk nasi dan tunggu sampai masak.

Sup Ayam

1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah 2
2 biji kiub ayam
1 sup bunjut
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih *tumbuk*
2 cm halia *tumbuk*
Akar daun sup dan daun bawang
Secubit garam

Cara-cara

1) Didihkan air kemudian masukkan ayam. Rebus sampai ayam masak. Keluarkan.
2) Campakkan barang-barang yang lain dan tunggu sampai gelegak. Selesai

Sos Lada

15-20 tangkai cili api *blend*
5 tangkai cili besar *blend*
3 cm halia *blend*
6 ulas bawang putih *blend*
5-8 sudu besar cuka
Gula
Garam

Cara-cara

1) Campakkan semuanya aekali dalam periuk. Gunakkan api yang besar dulu.lepas dah masak, kecilkan api.
Kalau nak pedas, banyakkan cili api. Senang nak mampos kan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: