RESEPI : Kek Puding Karamel di Pagi Aidilfitri

Assalamualaikum. ..


Entri kali ini banyak nyr nak cerita bab makan je kan. Sebab perasaan membuak-buak nak makan, jadi post kat blog je la sebab nak kurangkan kelaparan tersebut.*koyya jer*. Ini sebenarnya menu masa 1st day raya hari tu.

Al kisahnya bermula malam dalam pukul 12 tgh malam mak aku ajak pergi memeriahkan suasana kat padang arafah *singkatan kepada bazar depan aneka*. Aku ni yang tak banyak mood nak beraya pon pergi la sebab niatnya nak cari baju raya sebab aku tak ada sehelai pon lagi baju raya. Jalan punya jalan tak ada pon baju yang dapat memikat selera aku untuk membeli depa. Last-last dekat pukul 1, ade la 1 kedai yang jual baju kurung ade buat promotion. Harga betul baju RM80 tapi sebab dah malam raya di bagi RM50 ja. Murah ok. Kain lining warna hijau gelap ala-ala baju kahwin Scha Al Yahya ja. Terus rembat then cari pulak tudung untuk padan kan dengan baju yang super gorgeous konon2.  Aku nak cari kain bawal satin baru la meriah sikit. * nampak tak permainan dia, cakap takda mood raya, lepas grab baju tu mood dengan suka hati menapak di sanubariku ini*. Selesai beli baju dengan tudung tu, balik la rumah.

Sesampai kat rumah, tak sempat nak tukar baju yerus menerjah kat dapur untuk buat pavlova untuk customer grab esok nya. Maka dengan semangat berkobar-kobar lahirlah kek ini. Masak kek ini pon dalam pukul 3 pagi, 4 pagi baru terkejut *lena sekejap* untuk ikut tips nak dapatkan kek yang super delicious tu. Nak buatnya sampai 2 jam lebih, dalam sekelip mata je boleh habis. Heran den @_@


Resepi : Kek Karamel super sedap

(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk gula hangus)*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas (kurangkan gula ya sebab manis sangat kek ini)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (aku tambah)

D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

TIPS:

Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

RESEPI : Butter Cake giler senang + sedap

Assalamualaikum. ..

Sudah berapa hari aku ni asyik nak makan kek tapi tak kesampaian kan. Hari ini aku ade la buat kek untuk order my loyal customer,  kak Ayuni nama dia. Dia order cupcakes fondant frosting untuk adik dia*maybe* punya engagement. So, aku buat la BUTTER CAKE yang paling senang sekali + mahal jugak ni. Alang-alang buat yang dia punya, buat la lebih untuk aku yang kempunan nak makan ni haa. *pemalas betul, tampar laju-laju*

BUTTER CAKE RESEPI SENDIRI

250g butter * aku guna buttercup brand*
200g gula custor
5bj telur
1sdt esen vanilla
250g tepung gandum
1sdt baking pawder * ayak sekali dengan tepung*
100ml susu segar

Cara-cara :

1) Pukul butter dengan gula sampai kembang setaman.
2) Masukkan telur sebiji-sebiji pastu masukkan esen vanilla
3) Last sekali masukkan tepung dengan susu sedikit-sedikit sampai habis
4) Lapik loyang 8x8" dengan kertas minyak dan bakar adunan dengan suhu 180Âșc selama 1jam atau sehingga masak
Tadaaaaaaaaaaaa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Resepi : Nasi Ayam ala-ala Serena Lim

Assalamualaikum . . . .

Hari ini berkobar-kobar pulak nak buat entri ni sebab baru je download Blogger application masuk dalam my minion pable blue phone ni. ..

Today and tonite, nak bagi resepi yang giler senang untuk buat nasi ayam yang super duper sedap. (mak aku yang buat confirm la sedap kan)

Nasi :

6 pot beras (boleh guna beras yang sedap dimakan, aku guna beras siam)
Air Stock ayam (agak dalam 7-8 pot, guna bekas yg sama dengan sukat beras tadi)
5 ulas bawang putih *tumbuk*
3 cm halia *tumbuk*
Lemak ayam yang ada bahagian bontot dia tu
3 sudu besar butter/magerine
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-cara :
1) Basuh beras dan tos sampai kering.
2) Panaskan kuali, caitkan mentega dan tumiskan bahan yang kena tumbuk. Masukkan sekali dengab lemak ayam dan daun pandan.
3) Selepas garing, gorengkan sekali dengan beras. Jangan sampai hangit tau..
4) Masukkan beras yang sudah digoreng dalam kuali. Letakkan air stock dan masukkan secubit garam. Tekan suis periuk nasi dan tunggu sampai masak.

Sup Ayam

1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah 2
2 biji kiub ayam
1 sup bunjut
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih *tumbuk*
2 cm halia *tumbuk*
Akar daun sup dan daun bawang
Secubit garam

Cara-cara

1) Didihkan air kemudian masukkan ayam. Rebus sampai ayam masak. Keluarkan.
2) Campakkan barang-barang yang lain dan tunggu sampai gelegak. Selesai

Sos Lada

15-20 tangkai cili api *blend*
5 tangkai cili besar *blend*
3 cm halia *blend*
6 ulas bawang putih *blend*
5-8 sudu besar cuka
Gula
Garam

Cara-cara

1) Campakkan semuanya aekali dalam periuk. Gunakkan api yang besar dulu.lepas dah masak, kecilkan api.
Kalau nak pedas, banyakkan cili api. Senang nak mampos kan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

CINTA : Happy 4th Anniversary Sayang !

Assalamualaikum

Ehem, ehem...

Tiada ku sangka,
Bola-bola api,
Yang dulu nya kecil,
Telah menjadi besar lalalalalalal

Meroyan nyanyi lagu Paling Comel * tampar diri sendiri laju-laju

Che Muhamad Adib Adabi bin Che Ibrahim,

HAPPY 4TH ANNIVERSARY !!
 
 
Aku memang lupa sudah anniversary cinta kami yang ke 4 ni. Lepas baca blog Essence of Me, terbaca pasal post dia pasal aanniversary dia. Tak sempat nak prepare apa-apa barang, jadi aku buat la temporary anny card.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

TIPS : Cara menjimatkan Penggunaan Petrol Kereta

Assalamualaikum

Sejak 2 menjak duduk menapak kat UPQ ni, terasa nak post macam-macam benda sebab dah mula blog walking dengan blog-blog yang super awesome giler macam Irine Nadia (cerita anaknya + perjalanan hidupnya, paling suka gambar photoshoot dia, giler aweeeesssoommmeeee), Cik Epal (dia dah nak kahwin, pastu suka review product), Fyna Here (memang dah lama follow dia, suka review product and orang Kedah) and macam-macam lagi lah. Saja-saja menggatal hari ni aku nak kongsikan tips yang kadang-kadang je aku buat.


TIPS NYA IALAH :

  • Tidak “rammed” RPM hingga redline pada setiap gear tiap kali lepas trafik light
  • Tidak membrek secara mendadak dari kelajuan yang tinggi (emergency kes berkecuali)
  • Tidak membawa “beban” yang tak perlu di dalam kereta (setiap penambahan berat 50kg akan ketara menambah penggunaan petrol kereta)
  • Penggunaan rim yang “ringan” – tapi konfem mahal la kalau besar
  • Angin tayar yang mencukupi (terlalu kurang – petrol tambah, terlalu lebih – bahaya tambah)
  • Membawa kelajuan yang bersesuaian dengan kapasiti & enjin kereta. (Cth kalau kereta 1.3-1.6 purata suitable speed yang jimat minyak dalam purata 80km/j & top 120km/j)
  • Elakkan penukaran kepada gear yang tidak sesuai dengan keadaan & speed kereta

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Berangan lebih elok dari Mengumpat

Assalamualaikum w.b.t.

aku tahu bukan ada orang pon yang nak baca blog aku ni tapi saja nak buat gatal tangan jugak menulis. Aku ni bukan jenis yang suka baca novel cintan yang tahap meleleh air mata bagai. Suka komik dan super gila dengan bahan bacaan yang warna warni dan penuh dengan gambar. Jadi moral of the story, aku ni bukan jenis ayat bermadah gerimis.

Sebenarnya nak cerita pasal berangan.

"Beranganlah, berminpilah, ianya percuma" - Fynn Jamal

Aku ni ada la follow kat instagram Fynn Jamal / Kok Ping, minat sangat dengan nurkilan dia. Yelakan, penulis kot, Puisi Tepi Jalan sampai dah berapa kali reprint dah.

Tadi dok godek-godek PC sebab takde kerja yang melampaui batas, terjumpa la FB sorang ni. Cantik nya wedding deco dia.

SuperCun Wedding

Gila Super Cun la dia punya concept. I LIKE OKAY !! Paling minat yang dia buat wedding Deco pelamin yang Malay Vision tu. Bapak cantik + gorgeous + marvelous + creative + unique dan seangkatan dengan nya.

Hey Adib Daby, I want this !




GILER SUPER CUN KANNNN ?

Ni haa ada tambahan pulak



 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Resepi : Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Merah

Assalamualaikum w.b.t

Sejak mula berpraktikal kat Unit Pengurusan Kualiti UiTM Dungun (UPQ), masa aku untuk melakukan macam-macam kerja macam terbantut macam tu. Jadi cuma ada masa untuk weekend je. Masa weekend ni la kena gunakan dengan super duper jimat sebab nak buat macam-macam benda. Bila start praktikal yang rasa macam 'bekerja' ini, semangat kekeluargaan + nak kahwin + nak berkeluarga ni makin tinggi mencanak pulak. Yela, Lecturers yang ada kat sana semua da berkeluarga, jadi hari-hari dok bercerita pasal anak-anak diorang. Hihi.

Back to the Recipe la pulak



NASI MINYAK HUJAN PANAS

1 kg beras
*4 biji bawang besar (2 biji mayang, 2 biji lagi blend)
*4 ulas bawang putih (blend)
*sedikit halia (blend)
*1 paket herba 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pegaga dan cengkih)
*2 sudu minyak sapi
*1 sudu majerin
*2 helai daun pandan
1/2 tin susu cair
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau



Cara-cara :
1) Basuh beras sampai bersih dan sukatkan air macam nak masak nasi biasa. Ketepikan.
2) Tumiskan bahan-bahan bertanda (*) sampai garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang dah siap ditumis dalam periuk nasi tadi.
4) Masukkan susu cair dan masak nasi dalam periuk nasi sehingga masak.
5) Step last sekali, lepas nasi masak, titiskan 3 titik pewarna merah, dan kacaukan rata. Kemuadian warna kuning dan akhir sekali warna hijau.



AYAM MASAK MERAH 

1 ekor ayam (dilumur serbuk kunyit dan garam serta goreng sehingga masak)
4 biji bawang besar (blend)
5 ulas bawang putih (blend)
2 cm halia (blend)
2 cm lengkuas (blend)
4 batang cili basar (blend)
2 sudu cili boh
1/2 kerek gula melaka
3 sudu cili sos
1 sudu tomato sos
2 biji tomato dibelah 8
air asam jawa
sedikit air kosong
sedikit garam


Cara-cara :
1) Tumiskan bahan yang sudah diblend. Tumis sampai bawang garing, kalau tak, sambal rasa bawang kuat sangat.
2) Lepas itu, masukkan cili boh dan tumis lagi.
3) Selesai semua bahan bercampur dan air telah kering, masukkan air asam jawa, cili sos, tomato sos, gula garam.
4) Masukkan tomato dang ayam yang telah digoreng. Gaul sehingga semua bercampur dan tomato layu
5) Angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA !!



Yuyue Anuar
24 Ramadhan 1343

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

I'm Back, More add-on, more and moreeeeeeee

Assalamualaikum w.b.t

my last post, at 1/24/2011 11:43:00 PM

GILER LAMA KAN TAK BERTAPAK KAT BELOG NI !!!!

Ini la aku, yang cuma manusia biasa, yang masih mencari waktu yang lebih daripada 24jam 1hari. aku sangat-sangat nak mencari kalau aku boleh dapat masa yang lebih dalam hari-hari mendatang.

Hari ini tiba-tiba terasa nak update blog setelah 2 tahun lebih tak melawat blog ni. Aku terdetik nak update blog lepas ada baca blog yang sangat-sangat-sangat banyak bagi motivasi untuk aku mencari-cari serta meningkatkan tahap kewangan aku indirectly my family.

Mohd Zulkifli Dot Com

Sejarah aku mula berstalking dia punya blog, mulanya nak survey pasal kereta yang aku budget nak angkat lepas habis degree level, January 2014. Sambil-sambil search kat encik Google, terpandang pulak post yang mengatakan

Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru


Tertusuk dalam jiwa raga masa baca tajuk post tu. Lepas baca dia punya explaination dalam blog tu, terus terdetik hati nak ikut apa cara yang dia suggest dalam bidang kewangan. Sangat-sangat motivated diriku ini rasanya. Cita-cita ada tapi kene hold dulu sebab memang nak full concentrate untuk habiskan 1st degree ni dulu. Walau aku dah nampak yang aku BERKEMUNGKINAN BESAR tak akan bekerja bawah orang dan rasanya TAK MENGGUNAKAN LANGSUNG SIJIL DEGREE aku ni, tapi untuk long-term period kita tak tahu apa akan jadi. 

Back to the Finance blog, cerita Mohd Zulkifli ni, untuk graduan, better simpan simpanan yang dalam bentuk asset and yang paling dia recommend ialah simpan EMAS. Aku dah lama ada intention nak simpan emas yang jenis 999, emas tokol, public gold etc. Emas memang bagus nak simpan tapi aku ni full time student lagi, jadi liquidity or flow of cash tu sangat la penting. Faham-faham la hidup jadi student yang banyaknya nak follow orang, nak ikut trend, nak beli tu, beli ni. In shaa Allah aku akan start kumpul duit untuk investment lepas business aku ni berkembang dengan pesat + dekat-dekat nak kahwin dengan buah hati + ada duit lebih yang memang confirm takkan guna.

Selain emas, beli RUMAH pon penting jugak. Ada dalam salah satu post dia yang cerita pasal 'jutawan senyap'. Jutawan senyap itu maknanya harta yang terkumpul melebihi RM1 juta. Dia ceritakan seorang kakak tu yang cuma naik kereta Iswara buruk tapi ada harta sampai RM 1.2juta.Zaman sekarang, kalau kita ada tanah + rumah walaupun jenis apartment sudah dianggap orang kaya. Harga tanah memang dah melambung tinggi sangat. Sampaikan ada artikel dalam surat khabar yang tulis ' tahun 2020, mereka perlu mempunyai gaji RM12,000 untuk membeli sebuah rumah teres setingkat'. Aku baca artikel tu pon macam impossible lak nak dapat gaji RM12,000 untuk beli rumah TERES JERRRR. 

“jadi kaya tu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin” - Azizi Ali.

So far baru yang ini aku nak update. Maybe blog ni akan jadi diari digital aku yang mana semua orang boleh baca dan faham apa isi hati aku sebangai seorang mahasiswi UiTM Terengganu, seorang part time baker di Kedai Cokelat Berkelip, seorang anak kepada sebuah keluarga yang besar, kekasih kepada seorang warganegeri KElantan dan seorang hamba yang tak lekang dari membuat dosa.

Yuyue Anuar
24 Ramadhan 1434

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments