Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

RESEPI : Kek Puding Karamel di Pagi Aidilfitri

Assalamualaikum. ..


Entri kali ini banyak nyr nak cerita bab makan je kan. Sebab perasaan membuak-buak nak makan, jadi post kat blog je la sebab nak kurangkan kelaparan tersebut.*koyya jer*. Ini sebenarnya menu masa 1st day raya hari tu.

Al kisahnya bermula malam dalam pukul 12 tgh malam mak aku ajak pergi memeriahkan suasana kat padang arafah *singkatan kepada bazar depan aneka*. Aku ni yang tak banyak mood nak beraya pon pergi la sebab niatnya nak cari baju raya sebab aku tak ada sehelai pon lagi baju raya. Jalan punya jalan tak ada pon baju yang dapat memikat selera aku untuk membeli depa. Last-last dekat pukul 1, ade la 1 kedai yang jual baju kurung ade buat promotion. Harga betul baju RM80 tapi sebab dah malam raya di bagi RM50 ja. Murah ok. Kain lining warna hijau gelap ala-ala baju kahwin Scha Al Yahya ja. Terus rembat then cari pulak tudung untuk padan kan dengan baju yang super gorgeous konon2.  Aku nak cari kain bawal satin baru la meriah sikit. * nampak tak permainan dia, cakap takda mood raya, lepas grab baju tu mood dengan suka hati menapak di sanubariku ini*. Selesai beli baju dengan tudung tu, balik la rumah.

Sesampai kat rumah, tak sempat nak tukar baju yerus menerjah kat dapur untuk buat pavlova untuk customer grab esok nya. Maka dengan semangat berkobar-kobar lahirlah kek ini. Masak kek ini pon dalam pukul 3 pagi, 4 pagi baru terkejut *lena sekejap* untuk ikut tips nak dapatkan kek yang super delicious tu. Nak buatnya sampai 2 jam lebih, dalam sekelip mata je boleh habis. Heran den @_@


Resepi : Kek Karamel super sedap

(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk gula hangus)*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas (kurangkan gula ya sebab manis sangat kek ini)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (aku tambah)

D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

TIPS:

Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

RESEPI : Butter Cake giler senang + sedap

Assalamualaikum. ..

Sudah berapa hari aku ni asyik nak makan kek tapi tak kesampaian kan. Hari ini aku ade la buat kek untuk order my loyal customer,  kak Ayuni nama dia. Dia order cupcakes fondant frosting untuk adik dia*maybe* punya engagement. So, aku buat la BUTTER CAKE yang paling senang sekali + mahal jugak ni. Alang-alang buat yang dia punya, buat la lebih untuk aku yang kempunan nak makan ni haa. *pemalas betul, tampar laju-laju*

BUTTER CAKE RESEPI SENDIRI

250g butter * aku guna buttercup brand*
200g gula custor
5bj telur
1sdt esen vanilla
250g tepung gandum
1sdt baking pawder * ayak sekali dengan tepung*
100ml susu segar

Cara-cara :

1) Pukul butter dengan gula sampai kembang setaman.
2) Masukkan telur sebiji-sebiji pastu masukkan esen vanilla
3) Last sekali masukkan tepung dengan susu sedikit-sedikit sampai habis
4) Lapik loyang 8x8" dengan kertas minyak dan bakar adunan dengan suhu 180Âșc selama 1jam atau sehingga masak
Tadaaaaaaaaaaaa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Resepi : Nasi Ayam ala-ala Serena Lim

Assalamualaikum . . . .

Hari ini berkobar-kobar pulak nak buat entri ni sebab baru je download Blogger application masuk dalam my minion pable blue phone ni. ..

Today and tonite, nak bagi resepi yang giler senang untuk buat nasi ayam yang super duper sedap. (mak aku yang buat confirm la sedap kan)

Nasi :

6 pot beras (boleh guna beras yang sedap dimakan, aku guna beras siam)
Air Stock ayam (agak dalam 7-8 pot, guna bekas yg sama dengan sukat beras tadi)
5 ulas bawang putih *tumbuk*
3 cm halia *tumbuk*
Lemak ayam yang ada bahagian bontot dia tu
3 sudu besar butter/magerine
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-cara :
1) Basuh beras dan tos sampai kering.
2) Panaskan kuali, caitkan mentega dan tumiskan bahan yang kena tumbuk. Masukkan sekali dengab lemak ayam dan daun pandan.
3) Selepas garing, gorengkan sekali dengan beras. Jangan sampai hangit tau..
4) Masukkan beras yang sudah digoreng dalam kuali. Letakkan air stock dan masukkan secubit garam. Tekan suis periuk nasi dan tunggu sampai masak.

Sup Ayam

1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah 2
2 biji kiub ayam
1 sup bunjut
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih *tumbuk*
2 cm halia *tumbuk*
Akar daun sup dan daun bawang
Secubit garam

Cara-cara

1) Didihkan air kemudian masukkan ayam. Rebus sampai ayam masak. Keluarkan.
2) Campakkan barang-barang yang lain dan tunggu sampai gelegak. Selesai

Sos Lada

15-20 tangkai cili api *blend*
5 tangkai cili besar *blend*
3 cm halia *blend*
6 ulas bawang putih *blend*
5-8 sudu besar cuka
Gula
Garam

Cara-cara

1) Campakkan semuanya aekali dalam periuk. Gunakkan api yang besar dulu.lepas dah masak, kecilkan api.
Kalau nak pedas, banyakkan cili api. Senang nak mampos kan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Resepi : Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Merah

Assalamualaikum w.b.t

Sejak mula berpraktikal kat Unit Pengurusan Kualiti UiTM Dungun (UPQ), masa aku untuk melakukan macam-macam kerja macam terbantut macam tu. Jadi cuma ada masa untuk weekend je. Masa weekend ni la kena gunakan dengan super duper jimat sebab nak buat macam-macam benda. Bila start praktikal yang rasa macam 'bekerja' ini, semangat kekeluargaan + nak kahwin + nak berkeluarga ni makin tinggi mencanak pulak. Yela, Lecturers yang ada kat sana semua da berkeluarga, jadi hari-hari dok bercerita pasal anak-anak diorang. Hihi.

Back to the Recipe la pulak



NASI MINYAK HUJAN PANAS

1 kg beras
*4 biji bawang besar (2 biji mayang, 2 biji lagi blend)
*4 ulas bawang putih (blend)
*sedikit halia (blend)
*1 paket herba 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, buah pegaga dan cengkih)
*2 sudu minyak sapi
*1 sudu majerin
*2 helai daun pandan
1/2 tin susu cair
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau



Cara-cara :
1) Basuh beras sampai bersih dan sukatkan air macam nak masak nasi biasa. Ketepikan.
2) Tumiskan bahan-bahan bertanda (*) sampai garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang dah siap ditumis dalam periuk nasi tadi.
4) Masukkan susu cair dan masak nasi dalam periuk nasi sehingga masak.
5) Step last sekali, lepas nasi masak, titiskan 3 titik pewarna merah, dan kacaukan rata. Kemuadian warna kuning dan akhir sekali warna hijau.



AYAM MASAK MERAH 

1 ekor ayam (dilumur serbuk kunyit dan garam serta goreng sehingga masak)
4 biji bawang besar (blend)
5 ulas bawang putih (blend)
2 cm halia (blend)
2 cm lengkuas (blend)
4 batang cili basar (blend)
2 sudu cili boh
1/2 kerek gula melaka
3 sudu cili sos
1 sudu tomato sos
2 biji tomato dibelah 8
air asam jawa
sedikit air kosong
sedikit garam


Cara-cara :
1) Tumiskan bahan yang sudah diblend. Tumis sampai bawang garing, kalau tak, sambal rasa bawang kuat sangat.
2) Lepas itu, masukkan cili boh dan tumis lagi.
3) Selesai semua bahan bercampur dan air telah kering, masukkan air asam jawa, cili sos, tomato sos, gula garam.
4) Masukkan tomato dang ayam yang telah digoreng. Gaul sehingga semua bercampur dan tomato layu
5) Angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA !!



Yuyue Anuar
24 Ramadhan 1343

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments