RESEPI : Kek Puding Karamel di Pagi Aidilfitri

Assalamualaikum. ..


Entri kali ini banyak nyr nak cerita bab makan je kan. Sebab perasaan membuak-buak nak makan, jadi post kat blog je la sebab nak kurangkan kelaparan tersebut.*koyya jer*. Ini sebenarnya menu masa 1st day raya hari tu.

Al kisahnya bermula malam dalam pukul 12 tgh malam mak aku ajak pergi memeriahkan suasana kat padang arafah *singkatan kepada bazar depan aneka*. Aku ni yang tak banyak mood nak beraya pon pergi la sebab niatnya nak cari baju raya sebab aku tak ada sehelai pon lagi baju raya. Jalan punya jalan tak ada pon baju yang dapat memikat selera aku untuk membeli depa. Last-last dekat pukul 1, ade la 1 kedai yang jual baju kurung ade buat promotion. Harga betul baju RM80 tapi sebab dah malam raya di bagi RM50 ja. Murah ok. Kain lining warna hijau gelap ala-ala baju kahwin Scha Al Yahya ja. Terus rembat then cari pulak tudung untuk padan kan dengan baju yang super gorgeous konon2.  Aku nak cari kain bawal satin baru la meriah sikit. * nampak tak permainan dia, cakap takda mood raya, lepas grab baju tu mood dengan suka hati menapak di sanubariku ini*. Selesai beli baju dengan tudung tu, balik la rumah.

Sesampai kat rumah, tak sempat nak tukar baju yerus menerjah kat dapur untuk buat pavlova untuk customer grab esok nya. Maka dengan semangat berkobar-kobar lahirlah kek ini. Masak kek ini pon dalam pukul 3 pagi, 4 pagi baru terkejut *lena sekejap* untuk ikut tips nak dapatkan kek yang super delicious tu. Nak buatnya sampai 2 jam lebih, dalam sekelip mata je boleh habis. Heran den @_@


Resepi : Kek Karamel super sedap

(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk gula hangus)*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas (kurangkan gula ya sebab manis sangat kek ini)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (aku tambah)

D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

TIPS:

Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: